More

    Tencent rasmikan pejabat baharu di Malaysia, ingin bangunkan bakat tempatan

    Syarikat teknologi antarabangsa Tencent hari ini mengumumkan bahawa mereka telah merasmikan pejabatnya yang terbaharu di Malaysia, terletak di Menara 1 Sentrum, Kuala Lumpur. Ia mencerminkan komitmen jangka panjang Tencent terhadap ekosistem tempatan sambil memanfaatkan persekitaran, bakat, infrastruktur dan tahap kesalinghubungan negara.

    Pembukaan pejabat baharu ini telah dirasmikan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo. Menurutnya, pengembangan Tencent di Malaysia menunjukkan peningkatan ekonomi digital negara serta kemampuan bakat tempatan untuk memenuhi keperluan oleh syarikat itu serta ekonomi global yang saling berhubung.

    Di Malaysia, syarikat itu telah menggandakan saiz tenaga kerjanya dan dijangka akan capai pertumbuhan dua angka yang kukuh menjelang akhir 2026. Lebih 90% daripada tenaga kerjanya di Malaysia terdiri daripada golongan profesional berkemahiran tinggi dalam operasi pembangunan, analisis data, pematuhan kandungan dan khidmat pelanggan.

    Pejabat baharu di ibu kota ini akan berfungsi sebagai pangkalan strategik untuk usaha pertumbuhan antarabangsa Tencent. Ia boleh menampung jumlah kakitangan sebanyak 500 orang.

    Dalam perancangan jangka panjang, Tencent Malaysia akan meluaskan rangkaian kerjasama dan penyertaan perniagaan untuk menyokong ekosistem digital negara yang berkembang pesat.

    Selain itu, mereka akan memainkan peranan aktif dalam pembangunan ekonomi digital Malaysia. Sebagai contoh, integrasi Weixin Pay dengan PayNet pada 2024 membenarkan pelawat dari China untuk buat transaksi di Malaysia melalui kemudahan DuitNow QR lantas memudahkan pembayaran kepada perniagaan kecil dan ekonomi tempatan.

    Tencent akan turut menganjurkan lebih banyak pertandingan e-sukan antarabangsa, seperti Honor of Kings (HOK) Nation Clash 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ia menyaksikan pasukan Malaysia muncul juara dan memenangi jumlah hadiah USD40,000.

    Mereka juga akan memupuk pertumbuhan industri permainan video di Malaysia, di mana studio Level Infinite akan bekerjasama dengan Claz’room College untuk sediakan bimbingan akademik dan peluang latihan industri kepada pelajar tempatan di universiti-universiti terpilih.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured