More

    Teo Nie Ching: Hati-hati dengan penyebaran kandungan palsu yang dijana AI

    Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penyebaran sebarang bentuk kandungan palsu, terutamanya jika ia dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam platform media sosial.

    Perkara ini menjadi lebih penting khususnya sewaktu tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan yang akan berlangsung pada pertengahan bulan ini. Bagi mengawal penyebaran kandungan palsu atau kandungan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau semua platform media sosial.

    Beliau menyeru orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang maklumat yang tidak boleh dikenal pasti kerana teknologi AI kini memudahkan penciptaan kandungan palsu yang nampak realistik, seperti video yang menampilkan muka Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lain-lain orang ternama.

    Pada masa yang sama, wakil parti serta para penyokongnya dinasihati supaya berkempen secara berhemah dan tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian negara.

    PRK Nenggiri akan berlangsung pada 17 Ogos 2024, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured