More

    Tesla kini labur RM59.1 juta di Malaysia, komited kukuhkan ekosistem EV negara

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla hari ini yang diadakan di Menara MITI. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul melalui hantaran di media sosial memberikan pandangannya tentang pertemuan itu dengan mendedahkan komitmen Tesla untuk mengukuhkan ekosistem EV di Malaysia.

    Tengku Zafrul menegaskan dalam mesyuarat untuk memberi tumpuan kepada kemajuan dan pelaksanaan program Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) MITI. Tambahnya, sehingga Julai 2024, Tesla telah memasang 52 unit Supercharger dengan kapasiti 250kW, 54 unit AC Penyambung Dinding dan lebih 4500 unit pengecas rumah di Semenanjung Malaysia.

    Selain itu, Tengku Zafrul mendedahkan bahawa Tesla telah melabur USD13.5 juta (~RM59.1 juta) di Malaysia yang menunjukkan mereka untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV Malaysia. Tesla juga menyokong ekosistem tempatan yang merangkumi 9 syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV serta kerjasama dengan universiti tempatan.

    Kerjasama ini dijangka memacu Malaysia sebagai hab teknologi hijau di rantau ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FB Tengku Zafrul

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured