More

    Tesla Model 3 dilancar di Malaysia: “Facelift” baharu, jarak perjalanan 629km bermula RM189,000

    Tesla secara rasmi telah melancarkan Model 3 dengan facelift baharu di Malaysia hari ini dan turut mengumumkan pembukaan pusat pengalaman pertama Tesla yang terletak di Pavilion Damansara Heights meliputi kawasan seluas kira-kira 3,000 kaki persegi.

    Anda boleh menerokai rangkaian penuh produk Tesla termasuk Model 3 dan Model Y serta pelbagai penyelesaian pengecasan Tesla. Pengguna boleh datang untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kenderaan, spesifikasi teknikal dan pengecasan.

    Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming

    Tesla Model 3 hadir dalam dua varian iaitu versi standard (pacuan roda belakang) dan Long Range (pacuan seluruh roda) dengan harga permulaan RM 189,000. Kepada yang berminat, anda boleh layari laman rasmi Tesla untuk tempahan dan penghantaran akan bermula pada hujung tahun ini.

    Model 3 terkenal dengan penampilan yang dioptimumkan secara aerodinamik, memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.4 saat dan mempunyai jarak sehingga 629 kilometer dengan sekali pengecasan penuh (standard WLTP). Dengan kaca kalis bunyi 360 darjah, kabin Model 3 lebih senyap berbanding sebelum ini.

    Selain itu, ia memperkenalkan beberapa ciri baharu seperti pencahayaan ambien, sistem bunyi yang dinaik taraf, tempat duduk berventilasi, paparan baris kedua 8 inci, konsol tengah yang direka bentuk semula dan pilihan roda baharu. Untuk pengetahuan, Tesla baru-baru ini membuka stesen pengecasan kedua di Sunway Big Box di Johor. 

    Dengan teknologi Pengecasan Super Tesla, Model 3 boleh dicas hingga 282 kilometer dalam masa 15 minit sahaja. Sebagai sebahagian daripada pusat pengalaman, Pavilion Damansara Heights juga akan menambah stesen pengecasan untuk menyediakan pelanggan perkhidmatan sehenti yang lebih mudah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Tesla Model 3 baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...