More

    Tesla Model Y kini dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga bermula RM199K

    Tesla mengumumkan bahawa SUV Model Y elektrik sepenuhnya kini boleh didapati untuk tempahan di Malaysia di laman rasmi Tesla Malaysia hari ini. Model Y ialah SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

    Seperti setiap kenderaan Tesla, Model Y menjanjikan gandingan terbaik dari segi jarak perjalanan, prestasi, keselamatan dan teknologi. Sebagai SUV saiz sederhana, Model Y mempunyai ruang kargo 2100 liter yang menyediakan tempat duduk dan ruang simpanan serbaguna untuk sehingga 5 penumpang dengan bagasinya.

    Model Y memerlukan hanya 3.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dengan jarak perjalanan sehingga 533 km (WLTP) bagi setiap pengecasan. Model Y dilengkapi dengan bumbung kaca sepenuhnya, autopandu, ciri-ciri keselamatan aktif dan sistem penapisan HEPA.

    Bermula daripada harga RM199,000, Model Y boleh didapati dalam versi Model Y (Pacuan Roda Belakang), Model Y Jarak Jauh dan Model Y Prestasi Tinggi. Kenderaan ini dijangka akan mula diserahkan kepada pelanggan pada awal 2024.

    Pelanggan boleh menikmati pelepasan duti import dan eksais bagi pendaftaran baru kenderaan elektrik zero-emission Tesla (kenderaan elektrik unit import sepenuhnya) dan pemansuhan cukai jalan 100%.

    Pemilik Tesla juga boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi perbelanjaan berkaitan kos pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan untuk pengecas EV untuk tahun taksiran 2023.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menempah Tesla Model Y dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured