More

    Tesla rampas takhta EV nombor satu dunia daripada BYD

    Perlumbaan untuk gelaran pengeluar kenderaan elektrik (EV) nombor satu dunia kembali berubah apabila Tesla berjaya merampas semula kedudukan teratas daripada BYD bagi suku pertama 2026. Berdasarkan data terkini, Tesla merekodkan penghantaran sebanyak 358,023 unit kenderaan elektrik tulen (BEV) di peringkat global antara Januari hingga Mac.

    Ia meningkat 6.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Dalam tempoh sama, BYD yang sebelum ini mendahului pada penghujung 2025 mencatatkan penurunan ketara bagi segmen BEV. BYD hanya menghantar 310,389 unit iaitu merosot 25.5% tahun ke tahun dan ketinggalan hampir 48,000 unit di belakang Tesla.

    Prestasi ini dipengaruhi perubahan dasar di China termasuk subsidi EV yang kini dihadkan kepada 12% dengan siling maksimum RMB20,000 serta pengenalan semula cukai jualan 5% ke atas kenderaan elektrik. Kelebihan Tesla banyak disokong oleh operasi global khususnya kilang di Shanghai yang menghasilkan 213,398 unit dalam suku pertama.

    Angka tersebut mewakili lebih separuh daripada jumlah jualan dunia. Selain itu, Tesla turut memperkenalkan pakej pembiayaan agresif di China termasuk pinjaman sehingga tujuh tahun dengan kadar faedah rendah. Walaupun kehilangan takhta, BYD masih menunjukkan momentum pemulihan dengan jualan keseluruhan mencecah 300,222 unit pada Mac sahaja.

    Dengan sokongan kerajaan tempatan dan peningkatan harga bahan api, persaingan antara kedua-dua gergasi EV ini dijangka terus sengit sepanjang 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SCMP

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...