More

    Tetapan iPhone 12 Pro Max dedahkan skrin Super Retina XDR 120Hz, LiDAR, pengecas dijual asing

    Terkini, pengulas teknologi yang sebelum ini telah mendedahkan ramalan tarikh pelancaran dan harga siri iPhone 12 telah mendedahkan tangkapan skrin (screenshot) untuk tetapan (Settings) iPhone 12 Pro Max. Gambar tangkapan skrin ini telah mendedahkan beberapa spesifikasi untuk iPhone 12 Pro Max.

    Antara spesifikasi yang dapat dilihat adalah kadar segar semula 120Hz. Terdapat dua pilihan pada tetapan untuk pengguna iPhone memilih sama ada untuk menggunakan kadar segar semula 120 Hz atau mengubah suai secara automatik di antara 60Hz hingga 120Hz. Dua pilihan dalam tetapan ini adalah ‘Enable High Refresh Rate’ dan ‘Enable Adaptive Refresh Rate’.

    Dalam tetapan iPhone 12 Pro Max, tetapan kamera juga memberi bayangan fungsi kegunaan pengesan LiDAR yang mampu meningkatkan kualiti fotografi. Terdapat pilihan dalam tetapan yang membenarkan pengguna mengaktifkan bantuan LiDAR untuk autofokus dan mengesan subjek dalam video dan Night Mode.

    Anda boleh lihat juga tetapan yang memaparkan sokongan video 4K pada 120fps dan 240fps. Turut hadir adalah pilihan ‘Enhanced Night Mode’ untuk mod malam yang lebih baik dan ‘Advanced Noise Reduction’ untuk gambar yang lebih jelas.

    Perlu kami ingatkan bahawa tangkapan skrin yang dibuat adalah dari model iPhone 12 Pro Max PVT (Production Validation Testing). Ini bermakna tetapan ini masih dalam tahap ujian dan belum disahkan untuk menjadi tetapan rasmi. Ia mungkin berubah dan mungkin juga dikekalkan.

    Melalui sumber lain, anda juga boleh melihat saiz takuk yang didakwa dimiliki oleh iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Kelihatannya, tiada perbezaan berbanding takuk pada siri iPhone 11 terdahulu. Kehadiran skrin lebih besar 6.7 inci yang membuatkan takuk pada iPhone 12 Pro Max kelihatan lebih besar.

    Anda juga boleh lihat sokongan pengecasan pantas dengan deskripsi pengecas dijual berasingan.

    Memandangkan berita ini bukan dari sumber rasmi, anggaplah sebagai sebuah khabar angin untuk membantu anda membayangkan spesifikasi pada siri iPhone 12.

    "
    "

    Anda boleh membaca berita mengenai iPhone 12 dan iPhone 11 yang mungkin bakal jatuh harganya sebaik sahaja iPhone 12 dilancarkan.

    Adakah anda sedang menanti pelancarannya mungkin pada Oktober ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2 | 3 melalui Macrumors

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...