More

    TGV Pavilion Bukit Jalil dengan IMAX Laser System dan 12-Channel Sound Technology pertama Malaysia kini di buka!

    Hari ini, TGV Cinemas telah merasmikan sebuah lagi pawagam di TGV Pavilion Bukit Jalil. Ia dilengkapi dengan 16 dewan dan 1,555 jumlah tempat duduk serta setiap dewan dilengkapi dengan 100% skrin digital. TGV Cinemas juga bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan “City of Play” terbesar dengan keluasan 2,041 kaki persegi.

    TGV Pavilion Bukit Jalil ini juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology. Teknologi ini menawarkan pengalaman tontonan filem yang lebih realistik, kualiti gambar yang lebih cerah dengan kontras warna yang lebih dalam.

    Penonton juga boleh bersantai di ruang rehat sambil menikmati Wi-Fi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam. Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge serta dua dewan Beanie. Untuk merasai pengalaman IMAX, anda boleh memilih untuk menonton filem Marvel Studios ‘The Marvels’ dari 9 November 2023 ini.

    Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured