More

    Threads sedang menguji fungsi baharu yang memadam tulisan anda selepas 24 jam

    Platform media sosial Threads kini sedang menguji fungsi baharu di mana sebarang tulisan atau pos anda akan dipadamkan secara automatik dalam masa 24 jam selepas ia diterbitkan. Ini akan memudahkan pengguna untuk berkongsi kandungan yang mungkin tidak terlalu penting dan dan ingin ia dipadam selepas masa tertentu.

    Untuk maklumat anda, fungsi ini masih lagi dalam fasa pengujian dan ia melibatkan sejumlah kecil pengguna sahaja. Dengan fungsi pemadaman automatik ini, ia akan turut memadamkan semua balasan atau komen yang berkait dengan tulisan asal, jadi semua interaksi dengannya juga akan dipadam secara automatik.

    Fungsi ini dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan Threads kerana pengguna tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti tulisan terhad yang diterbitkan oleh akaun yang diikuti. Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah fungsi ini akan ditawarkan kepada pengguna umum.

    Ini adalah serupa seperti fungsi Stories dalam platform media sosial lain yang dimiliki Meta seperti Instagram dan Facebook. Selain itu, Snapchat juga berfungsi dengan kaedah pemadaman automatik yang serupa.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured