More

    Threads kini lebih popular daripada X untuk pengguna telefon pintar

    Platform media sosial Threads dilaporkan kini mengatasi X (dahulunya Twitter) daripada segi penggunaan aplikasi mudah alih menurut data terbaharu yang dikongsikan oleh Similarweb. Perkembangan ini menunjukkan perubahan ketara dalam landskap media sosial global khususnya dalam kalangan pengguna telefon pintar.

    Berdasarkan laporan, Threads merekodkan sekitar 141.5 juta pengguna aktif harian di aplikasi iOS dan Android, mengatasi X yang mencatatkan kira-kira 125 juta pengguna aktif harian bagi tempoh yang sama. Data ini merujuk kepada penggunaan aplikasi mudah alih sahaja dan tidak mengambil kira trafik melalui pelayar web.

    Walaupun ketinggalan untuk segmen pengguna telefon pintar, X masih mengekalkan kelebihan berdasarkan penggunaan melalui laman web dengan jumlah lawatan harian yang lebih tinggi berbanding Threads. Ini menunjukkan kedua-dua platform masih mempunyai kekuatan tersendiri bergantung kepada cara pengguna mengakses perkhidmatan mereka.

    Pertumbuhan Threads dilihat didorong oleh integrasi rapat dengan Instagram serta penambahan ciri-ciri baharu yang berfokus kepada perbualan awam, kandungan berasaskan minat dan komuniti. Secara keseluruhan, laporan ini mencerminkan perubahan corak penggunaan media sosial di mana Threads semakin kukuh sebagai pesaing utama X dalam ekosistem aplikasi mudah alih.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Similarweb

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured