More

    Tiada Nintendo Switch Pro tahun ini, hanya permainan baru bertemakan Animal Crossing: New Horizons

    Baru-baru ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menjalankan perkhidmatan untuk membaiki model Wii yang rosak di Jepun dan akan berhenti menerima unit baru mulai Mac. Sebelum musim perayaan Tahun Baru Cina, desas-desus mengenai Nintendo Switch Pro yang baru akan di lengkapi dengan resolusi 4K.

    Malangnya perkara itu tidak akan berlaku kerana syarikat Nintendo telah mendedahkan tidak ada edisi Pro pada tahun ini. Tetapi mereka memberikan sesuatu yang menarik kepada peminat tentang kemunculan game terbaru untuk Nintendo Switch iaitu Animal Crossing: New Horizons!

    Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa, semasa persidangan keputusan kewangan syarikat baru-baru ini. Beliau berkata syarikat itu akan memberikan tumpuan lebih banyak kepada sistem Switch termasuklah versi lite.

    “Mengenai Nintendo Switch, kami percaya bahawa pentingnya untuk terus mengambil kira daya tarikan sistem peranti itu. Untuk makluman, kami tidak ada perancangan berkenaan pelancaran model Nintendo Switch yang baru pada tahun 2020.” katanya.

    Beliau turut mengatakan, permainan Animal Crossing: New Horizons akan muncul pada 13 Mac 2020. Anda dapat lihat dari imej diatas tentang kombinasi warna hijau muda dan biru langit pada peranti Joy-Cons yang sangat menarik beserta gambar tiga ekor rakun berada di pulau.

    Adakah anda teruja untuk mencuba permainan baru dari Nintendo? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured