More

    Tiada permohonan perlu dibuat, BPN 2.0 akan disalurkan Oktober ini

    Terdahulu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagai salah satu bantuan dalam Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara. Terkini, BPN 2.0 telah juga diumumkan dan bayaran tersebut akan dibuat pada hujung Oktober ini.

    Untuk pengetahuan anda, bayaran BPN 2.0 akan dibuat secara ansuran sebanyak dua kali; pertama pada hujung bulan Oktober dan ansuran kedua yang melengkapkan jumlah bayaran penuh akan dibuat pada Januari 2021.

    Perdana Menteri Malaysia memberi contoh untuk pembayaran ansuran ini; bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

    BPN 2.0 yang baru diumumkan ini berjumlan RM7 bilion. Tiada sebarang permohonan baharu perlu dibuat melainkan untuk rakyat yang belum pernah mendapat BPN, mereka perlu membuat rayuan atau mengemukakan permohonan baharu.

    Adakah anda layak mendapatnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured