More

    Tiada rancangan untuk batalkan inisiatif Data Mudah Alih (MPD) – Fahmi Fadzil

    Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan inisiatif pengumpulan data telefon mudah alih menerusi program Mobile Phone Data (MPD), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Program tersebut telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan tidak melibatkan sebarang pelanggaran privasi kerana data yang dikumpul tidak mengandungi maklumat peribadi pengguna.

    Data yang diperoleh adalah dalam bentuk statistik yang telah dianonimkan dan diagregat. Ia digunakan bagi membantu perancangan dasar yang lebih berkesan dalam sektor komunikasi, teknologi serta pelancongan.

    Data tersebut dihantar oleh syarikat telekomunikasi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas diproses dalam persekitaran selamat oleh pihak operator bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat pengguna terus terjamin.

    Antara data yang dikumpul termasuk lokasi menara telekomunikasi, jenis rangkaian dan pola pergerakan pengguna. Namun, semua maklumat ini tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti individu secara langsung. Fahmi turut menegaskan bahawa objektif utama MPD adalah untuk membantu kerajaan mendapatkan data granular secara masa nyata bagi tujuan penyelidikan dan penambahbaikan polisi termasuk pengurusan pelancongan domestik seperti di Langkawi.

    Beliau turut memaklumkan bahawa tiada laporan rasmi diterima setakat ini berkaitan penyalahgunaan data dalam pelaksanaan program tersebut. Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan program ini mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa termasuk prinsip perlindungan data peribadi.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured