More

    Tiada yuran MEPS RM1 untuk pengeluaran tunai di mesin ATM mulai 6 April

    Terkini, sumber melaporkan semua bank akan memansuhkan buat sementara yuran transaksi pengeluaran tunai interbank atau lebih dikenali sebagai yuran MEPS yang berjumlah RM1. Pemansuhan sementara ini bermula pada 6 April sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Kami akan memberikan contoh. Jika Mak Cik Kiah ingin mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM atau terminal bank CIMB, tetapi menggunakan kad ATM bank Maybank, tiada yuran dikenakan bermula 6 April ini sehingga tamat PKP. Langkah ini adalah untuk memudahkan Mak Cik Kiah atau suaminya untuk mengeluarkan wang tunai daripada mana-mana bank melalui mesin Maybank yang dekat dengan rumahnya.

    Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi selanjutnya.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured