More

    TikTok akan bekerjasama dengan SPR sewaktu Pilihan Raya Sabah, banteras penyebaran info palsu

    TikTok hari ini mengumumkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November 2025. Kerjasama ini akan melindungi integriti SPR, menyediakan maklumat sahih mengenai proses pengundian dan mengelakkan penularan maklumat palsu.

    Ia akan memudahkan para pengguna untuk semak fakta dan memudahkan pencarian maklumat tepat mengenai pengundian dan pilihan raya. Teknologi penyederhanaan (moderation) lanjutan dan beribu-ribu profesional keselamatan akan bantu menghubungkan pengguna dengan maklumat sahih sambil mengalih keluar kandungan berbahaya daripada platform tersebut.

    TikTok juga akan mengaktifkan panduan carian dalam aplikasinya apabila pengguna mencari kandungan berkaitan pilihan raya serta akan menghalakan pengguna kepada laman web rasmi SPR untuk maklumat yang tepat.

    Selain SPR, TikTok akan turut bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil, pemantau pilihan raya dan badan bukan kerajaan seperti BERSIH. Ia bertujuan memastikan dasar pilihan raya TikTok terus berkembang sebagai tindak balas terhadap ancaman dan cabaran yang semakin kompleks.

    Sebagai makluman, calon, parti politik dan mana-mana pengiklan lain tetap dilarang daripada mempromosikan kandungan berkaitan pilihan raya melalui iklan. Pengguna juga digalakkan untuk laporkan maklumat yang mengelirukan kepada TikTok supaya tindakan pantas boleh diambil.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured