TikTok telah diberi amaran oleh pesuruhjaya Europe Union (EU) bahawa EU akan menggunakan semua cara yang mungkin untuk melindungi privasi warganya dan jika perlu, akan mengharamkan aplikasi itu daripada EU. EU mahu TikTok segara melakukan tindakan dan mematuhi semua peraturan yang digariskan dalam Akta Perkhidmatan Digital (DSA).
Ia memperuntukkan beberapa sekatan yang menghalang termasuk larangan di EU untuk pelanggaran akta berulang yang boleh menjadi ancaman kepada kehidupan dan keselamatan warga EU. Ketidakpatuhan terhadap DSA boleh membawa kepada denda yang tinggi sehingga 6% daripada perolehan global tahunan syarikat.
Banyak peruntukan DSA hanya digunakan untuk platform yang mempunyai lebih daripada 45 juta pengguna di EU. TikTok telah membincangkan dasar mengenai keselamatan data, maklumat salah dan pematuhan DSA dengan EU. Beberapa mesyuarat dengan pegawai tertinggi syarikat termasuk topik seperti keselamatan kanak-kanak, ketelusan kandungan politik berbayar dan GDPR (Peraturan Perlindungan Data Umum).
Dengan lebih daripada 3 bilion muat turun, TikTok ialah aplikasi nombor satu di dunia dan paling terkenal dalam kalangan anak muda. TikTok yang dimiliki oleh syarikat ByteDance telah dituduh mengambil data dan melaporkannya kembali kepada pihak berkuasa China melalui syarikat induknya.
Isu lain termasuk kebimbangan ketagihan, maklumat salah, penapisan kandungan, pengintipan, buli siber dan banyak lagi. Aplikasi itu sudah diharamkan di negara Asia seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Azerbaijan. Di AS, lebih daripada 20 negeri, tentera dan kongres telah mengharamkan TikTok daripada peranti keluaran kerajaan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina







