More

    TikTok di AS bukan lagi milik China, kini dikawal sepenuhnya oleh entiti Amerika

    TikTok mengesahkan perjanjian baharu yang membolehkan aplikasi itu terus beroperasi di Amerika Syarikat untuk mengelakkan larangan penuh di negara berkenaan selepas berdepan tekanan undang-undang dan keselamatan data sejak beberapa tahun lalu.

    Perjanjian yang dimuktamadkan pada 22 Januari lalu menyaksikan penubuhan sebuah entiti baharu berpangkalan di AS dengan pegangan majoriti dimiliki oleh pelabur Amerika dan sekutu manakala syarikat induknya dari China, ByteDance, dihadkan kepada pegangan maksimum 19.9 peratus bagi mematuhi undang-undang AS.

    Antara pelabur utama dalam entiti tersebut ialah Oracle, Silver Lake dan MGX dengan kawalan lembaga pengarah dikuasai oleh wakil Amerika. Data pengguna TikTok di AS kini disimpan dan diurus sepenuhnya dalam infrastruktur awan Oracle di Amerika Syarikat manakala sistem cadangan kandungan akan dikendalikan berdasarkan data pengguna tempatan sahaja.

    Langkah ini dibuat bagi memenuhi kehendak undang-undang Protecting Americans from Foreign Adversary Controlled Applications Act yang mewajibkan pengurangan kawalan asing ke atas aplikasi popular itu atau berdepan larangan sepenuhnya.

    Dengan perjanjian baharu, TikTok kekal tersedia di kedai aplikasi di AS dan boleh terus digunakan oleh jutaan pengguna walaupun struktur pemilikan dan kawalan operasinya kini berubah secara ketara berbanding sebelum ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Business Times

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured