Perkhidmatan media sosial TikTok kini telah melancarkan fungsi terbaru iaitu TikTok Resumes yang membenarkan pengguna untuk mencari kerja dalam platform tersebut. Pengguna boleh membuat resume video dan memohon kerja dengan syarikat yang mengiklankan kekosongan kerja dalam TikTok.
Fungsi ini boleh dilihat menggunakan tanda palang (hashtag) #TikTokResumes atau laman web www.tiktokresumes.com. Pengguna bukan sahaja boleh memohon kerja, malah melihat video resume lain yang profesional serta menonton pencipta kandungan yang dikhaskan untuk pencarian kerja.
Buat masa ini, TikTok Resumes hanya boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat di mana lebih 30 syarikat telah menyertai fasa awal untuk fungsi ini. Masih tiada maklumat jika ia akan diperkenalkan dalam negara lain.
Kongsi pendapat anda tentang perkhidmatan terbaru oleh TikTok ini dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: TikTok






