More

    TikTok kini diharamkan secara rasmi di Amerika Syarikat

    Selepas isu mengenai pengharaman TikTok hangat didebatkan di Amerika Syarikat (AS) sejak bertahun-tahun lepas, kini aplikasi media sosial itu mula diharamkan dalam AS secara rasmi, berkuat kuasa bermula 19 Januari 2025.

    Pelbagai gedung aplikasi popular seperti Apple App Store dan Google Play Store tidak lagi membenarkan para penggunanya memuat turun TikTok. Malah, para pengguna TikTok mula menerima mesej yang memaklumkan bahawa TikTok tidak lagi dibenarkan untuk diguna dalam AS.

    Mesej yang diterima oleh setiap pengguna TikTok di AS

    Pada Jumaat lalu, mahkamah tertinggi AS telah memutuskan bahawa TikTok akan mula diharamkan pada 19 Januari dan keputusan itu menerima sokongan bipartisan meluas dalam Kongres AS. Undang-undang baharu ini mengharamkan mana-mana syarikat AS untuk menyimpan atau menyediakan kandungan video TikTok, melainkan ia dijual kepada syarikat yang berpengkalan di AS atau negara-negara sekutu AS.

    Sungguh pun begitu, presiden baharu AS, Donald Trump, berkata beliau sangguh mempertimbang semula pengharaman TikTok ini selama 90 hari, selepas beliau dilantik secara rasmi sebagai presiden AS pada 20 Januari.

    Sebelum ini, kerajaan AS risau dengan penggunaan TikTok yang meluas dalam kalangan rakyatnya kerana ia berpotensi disalah guna oleh kerajaan China untuk mengintip rakyat AS dan menimbulkan risiko keselamatan siber yang besar.

    Buat masa ini, tiada negara yang akan mengikuti langkah AS dalam mengharamkan TikTok, melainkan negara-negara yang sudah pun mengharamkannya seperti India. Apa yang menarik adalah jutaan pengguna TikTok di AS kini mula berhijrah ke Xiaohongshu, sebuah lagi platform media sosial popular yang berasal dari China.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured