More

    TikTok lancarkan program ganjaran rujukan di Malaysia, pengguna boleh jana sehingga RM650

    TikTok secara senyap-senyap telah melancarkan program ganjaran rujukan di Malaysia yang membolehkan pengguna memperoleh sehingga RM650 dengan hanya menjemput orang lain menggunakan aplikasi itu. Program itu sendiri telah tersedia di negara lain dan berdasarkan laporan, ia akhirnya telah memasuki negara kita pada 22 Julai 2022.

    Beberapa pengguna TikTok di Malaysia telah mendapat jemputan untuk program tersebut dengan jumlah ganjaran rujukan yang berbeza-beza. Program ganjaran rujukan yang boleh diakses melalui aplikasi TikTok pengguna terpilih menunjukkan bahawa anda boleh memperoleh sama ada RM55 atau RM65 setiap rujukan dengan had 10 rujukan pertama.

    Tambahan pula, pengguna baharu yang menggunakan aplikasi TikTok melalui rujukan mesti sekurang-kurangnya menonton 30 minit kandungan di TikTok sehari selama 10 hari berterusan. Oleh itu, jika 10 daripada rujukan pertama memenuhi syarat, anda akan mendapat sehingga RM650.

    Sama seperti program rujukan lain di luar sana, TikTok akan menggunakan kod rujukan yang perlu dimasukkan oleh pengguna baharu di dalam halaman ganjaran dalam masa 24 jam supaya perujuk boleh mendapat ganjaran. Selain itu, ganjaran dibayar secara tunai sama ada melalui PayPal atau akaun bank perujuk dengan had pengeluaran sekali sehari.

    Masih belum diketahui sama ada TikTok akan mengembangkan program itu kepada lebih ramai pengguna di negara kita atau sama ada ia hanya untuk pengguna terpilih. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured