More

    TikTok lancarkan Whee, aplikasi media sosial baharu mirip Instagram

    Jika anda gemar menggunakan platform media sosial TikTok atau Instagram, anda mungkin akan berminat dengan sebuah aplikasi media sosial baharu yang dibangunkan oleh ByteDance (syarikat pemilik TikTok) iaitu Whee.

    Ia merupakan sebuah aplikasi yang membenarkan perkongsian gambar bersama rakan-rakan serta kenalan. Whee mempunyai antara muka (UI) dan fungsi yang serupa seperti Instagram, seperti laman suapan (feed) untuk melihat gambar rakan-rakan, viewfinder untuk mengambil gambar, senarai permesejan peribadi dengan rakan-rakan, pilihan filters dan banyak lagi.

    Setiap gambar boleh disertakan dengan kapsyen yang hanya boleh dilihat atau dikomen oleh rakan-rakan terpilih. Memandangkan Whee memfokuskan pada perkongsian gambar, ini mungkin merupakan cubaan ByteDance untuk bersaing dengan Instagram.

    Buat masa ini, Whee masih lagi dalam fasa ujian dan hanya ditawarkan dalam beberapa dozen negara. Jika anda berminat untuk mencubanya, ia sudah pun ditawarkan dalam Google Play Store dan Apple App Store untuk para pengguna Malaysia.

    Ini merupakan kejadian terbaru yang menyaksikan ByteDance melancarkan aplikasi mirip Instagram. Pada bulan April lalu, TikTok melancarkan TikTok Notes iaitu sebuah media sosial berdasarkan tulisan ringkas, serupa seperti Instagram Threads atau X.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba Whee dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured