More

    TikTok Malaysia ajak anda beli-belah barangan tempatan dengan kempen #JOMLokal

    TikTok Shop Malaysia telah memulakan kempen jualan #JOMLokal iaitu kempen yang menggalakkan para pelanggan Malaysia untuk membeli dan menyokong produk yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan. Kempen yang berlangsung sepanjang 2023 dan 2024 ini akan mempromosikan perniagaan tempatan dengan melibatkan pelbagai perkongsian, pertandingan dan pameran khas untuk para penjual.

    #JOMLokal ingin meningkatkan tahap kesedaran tentang jenama-jenama tempatan yang menawarkan produknya dalam TikTok Shop, serta membenarkan para usahawan dari kawasan luar bandar untuk meluaskan pasaran produk mereka secara digital.

    TikTok akan mengetengahkan perniagaan daripada ramai usahawan popular seperti Hafiz Oon (@mrbentonghafizoon) yang menjual pelbagai produk seperti suplemen kesihatan, emas, kacang gajus dan minuman koko serta berjaya mencapai jualan RM1 juta dalam satu sesi TikTok Live. Seorang lagi usahawan termasuklah Khairul Aming (@khairulamingbrand) yang berjaya mencapai jualan RM5 juta untuk sambalnya dalam TikTok Live.

    TikTok akan turut mengetengahkan jenama-jenama baru dalam segmen “Rising Star”, kempen bulanan Mega Campaigns untuk mengetengahkan promosi produk, Crazy Friday untuk menyediakan baucar ekstra dan meningkatkan jualan item serta Weekend Sale yang akan mengetengahkan usahawan luar bandar.

    Selain itu, kempen #TikTokShopLokalHeroes akan berlangsung sehingga 31 Januari 2024, di mana pengguna boleh mengundi jenama-jenama tempatan kegemaran mereka dan 10 jenama teratas akan menerima trofi serta insentif baucar bagi meningkatkan jualan produk.

    Untuk para peniaga luar bandar pula, TikTok Shop akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Yayasan Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membantu mereka meningkatkan jualan secara digital dan siaran langsung dalam TikTok.

    Kongsi pendapat anda tentang kempen ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...