More

    TikTok Malaysia lancarkan kempen #SaferTogther untuk galakkan penggunaan internet yang lebih selamat

    Perkhidmatan media sosial popular TikTok telah bekerjasama dengan agensi kerajaan Content Forum untuk melancarkan kempen kesedaran #SaferTogether bagi mendidik netizen tempatan untuk mengamalkan penggunaan internet yang lebih sihat.

    Dalam kempen ini, pengguna TikTok boleh belajar tentang keselamatan siber dan amalan penggunaan internet yang sihat, diajar oleh para pencipta kandungan popular dalam laman media sosial itu.

    Pengguna TikTok juga boleh mempelajari fungsi-fungsi khas untuk menjaga tahap kesejahteraan digital mereka seperti kawalan masa skrin (screen time control), privasi akaun (account privacy settings), keselamatan akaun, fungsi aduan dan penapis komen.

    Pelancaran kempen ini telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dan Timbalannya, Teo Nie Ching, dalam sebuah forum keselamatan siber Surf’s Up: Navigating The Ebbs and Flows of Online Safety.

    Forum ini menjemput pelbagai individu ternama yang terlibat dalam industri internet bagi membentangkan pengalaman dan usaha mereka dalam menangani pelbagai risiko yang terdapat dalam penggunaan media sosial dan internet.

    Selain itu, forum ini turut menyaksikan tandatangan untuk ikrar Digital Safety Pledge, sebuah inisiatif oleh Content Forum bagi menandakan kejayaan industri dalam menggalakkan amalan keselamatan siber dan memupuk kerjasama di antara syarikat.

    Ikrar ini membawa bersama pihak-pihak berkepentingan seperti pencipta kandungan, platform media sosial, agensi kerajaan dan pemimpin industri bagi bekerjasama dan meningkatkan amalan keselaman siber. Dengan menandatangani ikrar ini, organisasi yang terlibat akan komited untuk mengutamakan kesejahteraan para pengguna dan melaksanakan polisi kawalan kandungan (content moderation) yang efektif.

    Layari laman web #SaferTogether bagi maklumat lanjut mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh para pengguna TikTok untuk mengamalkan penggunaan internet yang sihat.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured