More

    TikTok Malaysia sediakan platform khas mengajar pengguna tentang PRU15

    Platform media sosial popular TikTok telah melancarkan kempen #BeliaSediaUndi yang bertujuan untuk mendidik, memperkasakan dan mempersiapkan pengundi dengan maklumat penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

    Berikutan penurunan umur minimum pengundi daripada 21 kepada 18 tahun, Malaysia dijangka akan menerima tambahan 5.8 juta individu yang akan mengundi buat kali pertama pada PRU15. Oleh yang demikian, kempen #BeliaSediaUndi ingin bantu golongan muda ini untuk membuat keputusan termaklum apabila mereka mencabut undi nanti.

    Dalam kempen ini, TikTok menubuhkan Panduan Khas PRU15 iaitu sebuah laman mikro berkaitan pilihan raya yang boleh diakses apabila pengguna mencari istilah tertentu dalam sepanduk carian (search banner), seperti “Belia Sedia Undi”, “GE15”, “PRU15”, “Malaysia Elections” atau “Pilihan Raya”.

    Antara maklumat yang diberikan dalam panduan ini adalah siapa yang layak mengundi, waktu mengundi dan cara mengundi. Ia juga mempunyai kira detik ke hari PRU15 bagi mengingatkan hak para pengguna untuk menentukan masa depan negara.

    TikTok juga bekerjasama dengan agensi berita antarabangsa Agence France-Presse (AFP) bagi membendung penularan maklumat palsu dan salah dalam platform tersebut. Sekiranya pengguna menjumpai sebarang kandungan berbahaya atau palsu, mereka boleh melaporkannya kepada TikTok untuk tindakan lanjut.

    Selain itu, TikTok akan menganjurkan acara himpunan bersama Pusat Kajian Media – MENTION, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 9 November 2022 bagi berkongsi pemahanan yang lebih mendalam mengenai literasi digital dan panduan PRU15.

    Dalam pada itu, TikTok menegaskan bahawa akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik tidak mempunyai akses kepada ciri pengiklanan TikTok, termasuklah pemberian hadiah, pemberian tip dan e-dagang. Mereka juga tidak boleh berkongsi video meminta derma atau membawa pengguna ke halaman derma di laman web mereka.

    Langkah ini diambil supaya orang ramai berpeluang membincangkan isu penting, di samping melindungi ruang kreatif dan selamat dalam TikTok.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...