More

    TikTok mungkin hasilkan algoritma klon khas untuk pengguna di AS

    Jika anda mengikuti perkembangan isu TikTok dan Amerika Syarikat, anda mungkin tahu bahawa TikTok menghadapi larangan kekal atau perlu dijual. TikTok telah menolak dan bertindak balas dengan tuntutan mahkamah untuk menutup aplikasinya bulan lepas.

    Kini, laporan mendakwa TikTok sedang mencari cara untuk menyelesaikan isu tersebut. Menurut Reuters, TikTok sedang menyediakan aplikasi klon bagi algoritma pengesyorannya untuk pengguna AS. Klon itu boleh menjadikan aplikasi itu lebih diterima oleh penggubal undang-undang AS dan mungkin membalikkan larangan itu.

    Langkah ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana algoritma TikTok dikatakan mempunyai berjuta-juta baris kod. Caranya adalah untuk mempunyai versi baharu yang bebas daripada versi Cina TikTok dan menghapuskan maklumat yang memaut kepada pengguna China.

    Namun pada masa ini, tidak pasti sama ada TikTok menyediakan aplikasi berasingan yang dibenarkan oleh penggubal undang-undang AS. Kita boleh melihat TikTok bakal menyediakan klon untuk terus beroperasi di AS dan bukan untuk menjual.

    Adakah dengan penghasilan klon TikTok ini dapat membantu mereka kekal dalam platform media sosial AS tanpa perlu menjual kepada entiti AS? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured