More

    TikTok Now dilancar, tawarkan fungsi perkongsian gambar mirip BeReal

    Baru-baru ini, aplikasi BeReal menjadi semakin popular kerana ia menggalakkan para pengguna untuk mengurangkan masa dalam melayari media sosial dan meluangkan lebih banyak masa berinteraksi dengan suasana di sekeliling mereka. Kini, TikTok juga melancarkan fungsi yang serupa dengan BeReal, dinamakan sebagai TikTok Now.

    Seperti BeReal, para pengguna TikTok Now akan menerima notifikasi pada waktu rawak setiap hari, di mana mereka perlu mengambil gambar atau video 10 saat yang menunjukkan suasana sekeliling mereka menggunakan kamera belakang dan hadapan.

    Pengguna hanya diberikan tempoh pendek untuk mengambil gambar tersebut, bagi menggalakkan pengguna untuk berkongsi gambar suasana sebenar dan bukannya gambar yang disunting seperti dalam kebanyakan platform media sosial.

    Perlu diingati bahawa TikTok Now masih lagi dalam fasa percubaan dan ia hanya ditawarkan kepada para pengguna di Amerika Syarikat (AS). Buat masa ini, fungsi TikTok Now akan ditawarkan dalam aplikasi TikTok, manakala di negara-negara lain pula, ia mungkin akan ditawarkan dalam aplikasi TikTok Now yang berasingan.

    Pihak TikTok juga menjamin keselamatan pengguna TikTok Now, di mana para pengguna boleh menetapkan siapa yang boleh menonton atau meninggalkan komen dalam siaran TikTok Now. Para pengguna yang berumur 18 tahun ke bawah tidak boleh berkongsi siaran TikTok Now mereka dengan mudah bagi melindungi mereka daripada individu yang tidak diingini.

    Selain TikTok, Instagram juga dikhabarkan ingin menawarkan fungsi serupa BeReal. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan TikTok Now dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TikTok

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...