More

    TikTok perkenalkan ciri pilihan kandungan dewasa sahaja, hadkan umur 18 tahun ke atas

    TikTok bukan hanya untuk remaja lagi kerana aplikasi itu telah memperkenalkan pilihan untuk menonton kandungan dewasa sahaja bagi penstriman langsung. Ciri ini mengehadkan tontonan mereka kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas.

    TikTok berkata bahawa ciri ini sesuai untuk penstriman komedi kepada mereka berumur lebih dari 18 tahun atau bercakap tentang pengalaman hidup yang sukar dan mereka akan berasa lebih selesa mengetahui perbualan itu terhad kepada orang dewasa. Platform ini mempunyai larangan ketat dengan tidak membenarkan pornografi atau kandungan seksual.

    Terdapat juga beberapa perubahan lain pada ciri strim langsung. Sebagai contoh, pengguna kini boleh menyertakan sehingga lima tetamu dalam strim berasingan. Selain itu, aplikasi itu mengatakan ia mengemas kini ciri penapisan kata kuncinya untuk menghantar peringatan dan cadangan kepada pencipta yang ingin menyederhanakan pengulas dan interaksi strim langsung mereka sendiri.

    TikTok juga mengumumkan satu lagi perubahan berkaitan usia kepada penstriman langsung. Tidak lama lagi, hanya pengguna dewasa akan dibenarkan menstrim. Pada masa ini, TikTokers dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut berumur lebih daripada 16 tahun boleh melakukan strim langsung tetapi pada 23 November ini, umur akan meningkat kepada 18 tahun.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmodo

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured