More

    TikTok sedang uji penilaian kandungan berdasarkan umur, elak kanak-kanak terdedah kandungan dewasa

    Menurut laporan oleh BusinessInsider, jurucakap TikTok berkata bahawa ujian berskala kecil sedang dijalankan untuk mengkaji kaedah menilai dan menyekat kandungan mengikut umur bagi menghalang pengguna remaja daripada melihat kandungan dewasa.

    Berdasarkan penilaian kandungan yang telah digunakan untuk filem dan game, TikTok akan menguji cara untuk membenarkan pencipta pada aplikasinya menjelaskan sama ada mereka mahu kandungan mereka hanya ditonton oleh orang dewasa, berdasarkan laporan tersebut.

    Tetapi tidak seperti penilaian filem, penilaian lingkungan umur tidak akan diiklankan terus kepada pengguna. Sebaliknya, sistem akan beroperasi di belakang tabir dan menapis kandungan mengikut kesesuaian umur sebelum ia boleh diakses oleh kanak-kanak.

    Jurucakap TikTok mengatakan mereka akan terus mengemas kini cara baharu untuk mengesyorkan kandungan berdasarkan kesesuaian umur. Kami sedang meneroka cara untuk memperkasakan individu dan keluarga untuk memilih lebih banyak pilihan kandungan untuk akaun mereka atau remaja mereka melalui tahap kesesuaian penonton.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured