More

    TikTok Shop bakal diperkenalkan di Malaysia, tawarkan penghantaran percuma

    TikTok merupakan satu platform untuk pengguna di seluruh dunia dan turut dikenali oleh rakyat Malaysia. Kini, terdapat berita mengatakan mereka sedang mengumpulkan data penjual tempatan untuk memperkenalkan TikTok Shop tidak lama lagi.

    Penjual boleh menjual produk mereka untuk pengguna membeli terus tanpa meninggalkan aplikasi TikTok seperti beberapa platforn dalam talian termasuk Shopee. Untuk permulaan, TikTok Shop akan menawarkan sokongan penghantaran percuma dalam dua kategori iaitu “Ship by TikTok” atau “Ship by Seller”.

    TikTok Shop akan mendapat fungsi carian di dalam aplikasi dan di siar secara langung. Ikon khas akan ditambah pada halaman profil kepada pengguna yang mempunyai TikTok Shop untuk pengguna lain menyemak produk yang dijual melalui tab berkenaan.

    Terdapat beberapa mod pembayaran yang disediakan termasuk tunai semasa penghantaran (COD)  dengan had sehingga RM10,000 pada TikTok Shop Malaysia. Mengikut hasil jualan di beberapa negara lain, keputusannya agak tinggi berbanding platform yang lain.

    Rakyat Malaysia boleh mula mendaftar untuk TikTokShop pada hari ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...