More

    TikTok Shop catat lebih 100 juta carian produk setiap hari di Malaysia

    TikTok Shop mengumumkan pencapaian baharu dengan mencatatkan lebih 100 juta carian produk setiap hari oleh pembeli tempatan semasa acara TikTok Shop Summit. Trend terkini menunjukkan pengguna semakin yakin menggunakan TikTok Shop bukan sahaja untuk penerokaan produk, tetapi juga pembelian secara langsung.

    Ekosistem e-dagang yang komprehensif membantu pencipta kandungan dan perniagaan pelbagai saiz terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta jenama tempatan berhubung dengan komuniti melalui pendekatan Shoppertainment.

    Antara alat baharu yang diperkenalkan termasuk GMV Max (alat automasi jualan), Affiliate Shopping Ads (ACA), Kedudukan Kata Kunci, Diskaun Produk Baru, Penyegerakan Data Produk, Pautan Affiliate serta lencana Star Creator untuk membantu penjual mengoptimumkan perkembangan perniagaan.

    TikTok Shop turut mempertingkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian melalui beberapa inisiatif:

    • Pemulangan Percuma 30 Hari di TikTok Shop Mall.
    • Pilihan pembayaran fleksibel dengan TikTok PayLater lengkap dengan penilaian kemampuan dan had perbelanjaan diperibadikan.
    • Penghantaran Keesokan Hari (NDD) di kawasan terpilih di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

    Menjelang hujung tahun, TikTok Shop akan menawarkan 2 kali ganda baucar diskaun untuk pembeli dan 2 kali ganda sokongan platform kepada jenama di TikTok Shop Mall. Usahawan baharu, PMKS dan jenama tempatan disarankan mendaftar di Pusat Penjual TikTok Shop serta memanfaatkan panduan di Akademi TikTok Shop untuk meraih peluang pada musim jualan mega akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured