More

    TikTok Shop kurangkan kadar komisen untuk beberapa kategori bermula 20 Jun ini

    TikTok mengumumkan pengurangan kadar komisen untuk beberapa kategori produk di platform TikTok Shop dengan perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa mulai 20 Jun 2026. Berdasarkan kategori terlibat, kadar komisen dikurangkan antara 0.54% hingga 13.5%, malah terdapat beberapa kategori yang kini menikmati kadar komisen 0%.

    Antara kategori yang menerima pengurangan caj komisen termasuk produk perubatan, penjagaan hidung dan mulut, susu dan produk tenusu, makanan segera serta kategori penyusuan dan nutrisi. Melalui perubahan ini, kadar komisen bagi kategori tertentu dilaporkan diturunkan daripada 9.18% kepada hanya 2.16%.

    Menurut TikTok, langkah tersebut diperkenalkan bagi membantu melindungi margin keuntungan penjual selain memastikan kesinambungan operasi peniaga di platform tersebut. Pada masa sama, ia juga dijangka membolehkan penjual menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada pengguna.

    Selain pengurangan tersebut, TikTok Shop turut mengekalkan kadar komisen 0% untuk beberapa kategori terpilih seperti Baking, Frozen Foods, Staples dan Cooking Essentials. Pengumuman ini dilihat agak menarik memandangkan sebelum ini terdapat beberapa pelarasan yang menyaksikan kadar komisen penjual meningkat dari semasa ke semasa dalam platform tersebut.

    Dengan perubahan terbaharu, perhatian kini terarah kepada bagaimana penjual di Malaysia akan memanfaatkan pengurangan kos tersebut dan sama ada ia mampu mewujudkan persaingan harga yang lebih menarik untuk pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TikTok

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kurangkan kadar komisen untuk beberapa kategori bermula 20 Jun ini

    TikTok mengumumkan pengurangan kadar komisen untuk beberapa kategori produk di platform TikTok Shop dengan perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa mulai 20 Jun...

    WhatsApp kini sedang uji mesej teks “View Once” pada iPhone

    WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri baharu View Once untuk mesej teks di iOS. Seperti namanya, ciri ini membolehkan mesej dihantar dan hanya...

    Nothing sindir Apple, dakwa mahu tarik pengguna iPhone yang bosan

    Nothing sekali lagi mencuri perhatian menerusi pendekatan pemasaran yang agak berani apabila pengasas dan CEO syarikat, Carl Pei, memuat naik satu video...

    DJI Osmo Pocket 4P dilancar: Kamera poket pertama dengan dwi-kamera dan zum optikal 3x

    DJI secara rasmi melancarkan Osmo Pocket 4P iaitu kamera gimbal poket pertama mereka yang hadir dengan dua kamera utama selepas pelancaran Osmo...

    HONOR X80 Pro Max tertiris – Bateri 11,000mAh, telefon pertama dengan SD 6 Gen...

    HONOR nampaknya bersedia meneruskan trend bateri besar untuk siri pertengahan mereka apabila khabar angin terbaharu mendakwa HONOR X80 Pro Max akan hadir...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...