More

    TikTok Shop Mall dilancar di Malaysia: Produk original untuk menyokong pertumbuhan PKS

    TikTok Shop Malaysia ingin meningkatkan pengalaman positif pembeli Malaysia dengan lebih daripada 600 jenama tempatan dan antarabangsa dengan melancarkan TikTok Shop Mall. Syarikat itu berjanji bahawa produknya 100% original dengan perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai dan faedah eksklusif.

    Selain itu, ciri ini tersedia sebagai saluran eksklusif dalam “Shop Tab” di TikTok Shop. Menurut Pemimpin Perolehan dan Rakan Kongsi di TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, TikTok Shop berjanji untuk memperkuatkan pertumbuhan semua PKS dan jenama di platform ini.

    Berikutan ciri ini, anda boleh menikmati polisi pulangan atau pemulangan 15 hari tanpa masalah, penghantaran percuma dan baucar Penghantaran Xtra khas yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya. Selain itu, jika anda adalah penjual di TikTok Shop Mall, halaman anda akan menunjukkan Label Mall Terkemuka. Ini akan meningkatkan kesedaran jenama anda dan memudahkan pembeli untuk mencari anda.

    Terdapat beberapa keistimewaan penjual yang boleh anda nikmati termasuk kempen jenama eksklusif, slot dan sumber khas semasa kempen dua digit, penglihatan tambahan dalam “Shop Tab”, dan sokongan pendedahan trafik.Aanda boleh mencari barangan seperti pakaian santai, peralatan memasak, aksesori kereta, perhiasan dan barang-barang runcit daripada jenama tempatan Malaysia. Ini termasuk Elgini, Dessini, SwissThomas by T, 70mai Malaysia Store, Habib Jewels dan Mydin.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured