More

    TikTok tambah ciri kawalan masa skrin dihabiskan dalam aplikasi

    TikTok merupakan satu platform yang digunakan orang ramai tidak kira untuk hiburan, jualan dan pekerjaan. Ramai anak-anak muda turut ketagih menatal TikTok yang mungkin menyebabkan perkara ini tidak baik daripada segi kesihatan atau sebagainya.

    Oleh itu, syarikat tersebut melancarkan lebih banyak kawalan masa skrin untuk membantu pengguna mengurus jumlah masa yang mereka luangkan dalam aplikasi. Papan pemuka ditambah untuk menjejaki masa seseorang menghabiskan masa dalam aplikasi itu.

    Papan pemuka akan menunjukkan statistik seperti berapa banyak masa yang anda luangkan dan kekerapan aplikasi itu dibuka. Dengan tetapan baharu, pengguna boleh memilih untuk meminta aplikasi mengingatkan mereka “berehat” jika mereka menggunakan aplikasi dalam tempoh masa yang panjang.

    Perubahan ini berlaku apabila terdapat persoalan mengenai TikTok memberi kesan terhadap remaja. Oleh itu, TikTok mengambil langkah dalam memperkenalkan sekatan masa skrin tambahan untuk remaja berumur antara 13 dan 17. Remaja akan mendapat peringatan masa skrin tambahan apabila mereka telah menghabiskan lebih daripada 100 minit penggunaan aplikasi dalam satu hari.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...