More

    TikTok TV kini dilancar di Malaysia

    TikTok Malaysia telah mengumumkan bahawa TikTok TV, aplikasinya yang dibina untuk pengalaman menonton TV di rumah kini tersedia secara rasmi di negara kita. Aplikasi itu kini boleh dimuat turun pada Google TV, peranti Android TV OS yang lain serta TV Pintar Samsung.

    Selain daripada itu, aplikasi itu juga akan hadir pada peranti LG dalam beberapa minggu akan datang. Dalam kenyataan akhbar, TikTok berkata bahawa aplikasi TikTok TV membawa cara baharu untuk pengalaman yang seronok dan kreativiti.

    Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menonton kandungan dengan mudah daripada suapan “Untuk Anda” (For You) dan “Mengikuti” (Following) mereka pada skrin besar. Ini termasuk video yang paling disukai dan ditonton pada pelbagai kategori seperti gaming, komedi, makanan dan haiwan.

    Untuk pengalaman yang lebih diperibadikan, pengguna juga boleh log masuk ke aplikasi TikTok TV dengan akaun TikTok sedia ada mereka. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi dengan melawati bilik berita TikTok di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...