More

    Tim Cook beri bayangan pelancaran MacBook Air M4 minggu ini

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook, hari ini memberi bayangan mengenai pengumuman produk baharu yang dijangka akan berlangsung dalam minggu ini. Menerusi ciapan di akaun rasminya, Cook menulis “There’s something in the air” yang membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan barisan produk Apple akan diperkenalkan tidak lama lagi.

    Berdasarkan spekulasi, petunjuk ini berkemungkinan merujuk kepada pelancaran MacBook Air baharu yang dilengkapi cip M4. MacBook Air generasi baharu ini sememangnya telah dijangka akan diumumkan dalam minggu in, berikutan beberapa laporan terdahulu yang mengesahkan kehadiran model baharu dengan peningkatan prestasi.

    Apple sebelum ini pernah menggunakan slogan yang sama ketika memperkenalkan MacBook Air pertama pada tahun 2008. Tindakan Cook berkongsi petunjuk seperti ini juga pernah berlaku bulan lalu sebelum pengumuman iPhone 16e. Seperti pelancaran iPhone 16e, pengumuman MacBook Air atau mana-mana produk baharu Apple dijangka akan dibuat melalui Apple Newsroom.

    Model baharu MacBook Air bersaiz 13 inci dan 15 inci ini dijangka akan dilengkapi dengan cip M4, port Thunderbolt 4, kamera dengan teknologi Center Stage, jangka hayat bateri lebih lama dan beberapa penambahbaikan lain. Selain MacBook Air, terdapat juga kemungkinan bahawa Apple akan memperkenalkan produk lain yang menggunakan nama “Air.”

    Antaranya, iPad Air baharu yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat serta AirTag generasi baharu yang dikhabarkan bakal diperkenalkan menjelang pertengahan 2025. Tambahan, terdapat spekulasi mengenai model iPhone 17 Air dengan reka bentuk ultra-nipis, namun peranti tersebut dijangka hanya akan diumumkan sekitar bulan September tahun ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...