More

    Tim Cook yakin Apple AI boleh “membuka peluang transformatif” untuk pengguna

    Tim Cook pernah menyebut bahawa Apple sudah mula membangunkan kecerdasan buatan (AI) generatif tetapi tanpa penerangan lanjut. Baru-baru ini, semasa mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat, beliau menambah sedikit maklumat tentang rancangan AI Apple.

    Seperti yang anda mungkin tahu, AI Apple dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini yang mungkin akan diperkenalkan pada siri iPhone 16. Tim Cook percaya bahawa Apple akan “memecahkan halangan baru” tahun ini dan yakin bahawa ia boleh “membuka peluang transformatif” untuk pengguna. Sejak November tahun lalu, Apple telah meluangkan “jumlah masa dan usaha yang besar” untuk membangunkan AI ini.

    Menurut laporan, ciri-ciri AI generatif kemungkinan akan muncul pada iOS 18 dan meningkatkan lagi keupayaan aplikasi iOS terbina dalam. Selain itu, tidak banyak maklumat lain yang diberikan tentang ciri-ciri AI. Mesyuarat pemegang saham berjalan seperti biasa dengan lembaga pengarah Apple dan pelan pampasan eksekutif diluluskan tetapi menolak laporan kecerdasan buatan mengenai penggunaan beretika.

    Ini bukanlah satu perkara yang baru kerana Samsung telahpun memperkenalkan Galaxy AI pada peranti siri Galaxy S24 dan bakal tiba pada siri Galaxy S23 tidak lama lagi. Xiaomi juga mengumumkan kehadiran HyperOS semasa di Mobile World Congress iaitu ciri AI yang terdapat pada peranti baharunya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured