More

    TIME berikan peningkatan ‘Speed Boost’ percuma kepada pelanggan yang layak

    Pada hujung minggu lalu, TIME Internet secara senyap mengenalkan Loyalty Programme baru untuk pengguna-pengguna mereka. Pada halaman Terma dan Syarat, tempoh promosi adalah untuk masa terhad bermula daripada 27 Mac hingga 30 Jun 2024.

    Walau bagaimanapun, peningkatan terbesar daripada promosi ini adalah peningkatan kelajuan. Peningkatan Kelajuan ini diberikan secara percuma kepada beberapa pelanggan pada masa ini, di mana pengguna-pengguna 100Mbps, 300Mbps dan 500Mbps, masing-masing akan dinaik taraf kepada 200Mbps, 500Mbps dan 600Mbps. Pelanggan tidak perlu membuat sebarang perubahan kepada kontrak atau membayar yuran untuk peningkatan ini.

    Menurut Terma dan Syarat, pelanggan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 bulan langganan untuk layak mendapat manfaat ini. Sekiranya anda berada dalam tempoh tersebut dan baru sahaja memperbaharui langganan anda, anda akan layak untuk menerima peningkatan kelajuan dan router WiFi 6 percuma apabila memperbaharui ke pelan baru.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured