More

    TIME dan Digi adalah syarikat internet terpantas di Malaysia untuk suku kedua 2021

    Perkhidmatan pengukur kelajuan internet sedunia Speedtest baru-baru ini telah mengeluarkan laporan Speedtest Global Index Market Analyses yang merumuskan prestasi internet dalam 37 buah negara sepanjang suku kedua 2021, termasuk Malaysia.

    Secara keseluruhan, purata kelajuan internet Malaysia sebanyak 26.03 Mbps untuk kategori mudah alih (mobile) kini berada di tangga ke-89 dalam senarai kelajuan internet terpantas di seluruh dunia. Ini adalah lebih rendah daripada 27.52 Mbps pada bulan Mei dan 29.58 Mbps pada bulan April.

    Untuk kategori internet tetap (fixed broadband) pula, Malaysia mendapat tempat 47 dengan purata kelajuan muat turun 100.18 Mbps. Ia juga adalah lebih rendah berbanding 102.91 Mbps pada bulan Mei dan 103.52 Mbps pada bulan April.

    Daripada segi syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP), TIME adalah syarikat terpantas untuk perkhidmatan internet tetap (fixed broadband provider), dengan markah Speed Score sebanyak 116.36. Speed Score adalah ukuran khas oleh Speedtest yang menggabungkan 90% markah untuk kelajuan muat turun dan 10% markah untuk kelajuan muat naik.

    Untuk internet mudah alih pula, Digi adalah ISP terpantas dengan markah Speed Score sebanyak 30.20, lebih tinggi berbanding Maxis dengan marakah 29.29 dan U Mobile dengan 27.40.

    Peranti yang berjaya mencatatkan internet terpantas adalah peranti Apple, dengan purata kelajuan sebanyak 34.22 Mbps. Ia diikuti dengan Samsung pada purata 28.77 Mbps dan HUAWEI pada 27.68 Mbps.

    Speedtest turut menyenaraikan kawasan Malaysia yang menerima internet terpantas, iaitu Nusajaya dengan purata kelajuan sebanyak 125.88 Mbps untuk internet tetap. Ia diikuti dengan Georgetown, Melaka, Ipoh, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

    Kongsi pendapat anda tentang laporan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Speedtest

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured