More

    TIME kini tawarkan “router” WiFi 7 dalam semua pelan internetnya

    Syarikat penyedia internet (ISP) gentian berkelajuan tinggi TIME mengumumkan bahawa semua pelan internetnya akan disertakan bersama penghala (router) WiFi 7, menjadikannya syarikat ISP pertama di Malaysia yang menawarkan peranti tersebut.

    Peranti ini ditawarkan berikutan teknologi Microfibre FTTR (Fibre-To-The-Room) daripada TIME yang menawarkan peningkatan kelajuan internet kepada para pelanggan secara percuma. Mereka yang melanggan kepada pelan 100Mbps akan menerima peningkatan kepada 200Mbps, manakala pelan 500Mbps akan dinaikan kepada 600Mbps. Untuk fleksibiliti pelanggan, ia juga ditawarkan dalam pelan kontrak 12 bulan atau pelan jangka pendek.

    Peranti WiFi 7 menawarkan teknologi 4096 QAM (Quadrature Amplitude Modulation) yang meningkatkan kelajuan internet yang lebih pantas berbanding WiFi 6, serta boleh dihubungkan kepada 128 peranti serentak. Ia juga dilengkapi teknologi Multi-Link Operation (MLO) yang menguruskan band WiFi dengan lebih stabil dan mengelakkan kesesakan dalam hubungan wayarles.

    Pelanggan baharu yang mendapatkan pelan-pelan terpilih daripada TIME akan menerima peranti WiFi 7 secara percuma, manakala pelanggan sedia ada boleh membelinya sebagai satu naik taraf dengan harga bermula RM19 sebulan.

    Pelanggan baharu yang mendapatkan pelan 600Mbps atau 1Gbps dengan kontrak 24 bulan akan menerima penghala WiFi 7 secara percuma, manakala pelanggan 200Mbps yang baharu boleh menaik taraf kepada penghala WiFi 7 dengan harga RM99 sahaja.

    Layari laman web TIME untuk maklumat lanjut mengenai pelan internet ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured