More

    TIME tamat sokongan aplikasi di HUAWEI AppGallery bermula 25 April ini

    TIME mengesahkan aplikasi mudah alihnya tidak lagi disokong di platform HUAWEI AppGallery bermula 25 April 2026 sebagai sebahagian daripada perubahan sistem dan penstrukturan semula platform. Selepas tarikh tersebut, aplikasi TIME yang dimuat turun melalui AppGallery tidak lagi berfungsi.

    Pengguna akan kehilangan akses kepada fungsi utama termasuk pembayaran bil, semakan invois dan pengurusan akaun. Langkah ini secara efektif menjadikan versi aplikasi di peranti HUAWEI tidak boleh digunakan untuk sebarang urusan berkaitan akaun. Sebagai alternatif, TIME mengarahkan pelanggan untuk menggunakan portal berasaskan web iaitu Time Self Care.

    Ia menawarkan fungsi teras yang sama seperti aplikasi termasuk pengurusan akaun, pembayaran dan akses servis serta boleh digunakan melalui pelayar web di telefon atau desktop. TIME kini memfokuskan kepada pengurangan kebergantungan pada ekosistem aplikasi tertentu dan memastikan keseragaman fungsi merentasi saluran yang disokong.

    Bagi pengguna HUAWEI, peralihan penuh ini bermaksud aplikasi natif tidak boleh digunakan dan terhad kepada penggunaan pelayar web untuk semua urusan akaun selepas ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured