More

    Tivoli Audio dilancar di Malaysia: Barisan pembesar suara premium bermula RM1,099

    Pada hari ini, jenama produk audio premium Tivoli Audio melancarkan rangkaian produk audionya yang pertama untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada 13 jenis produk yang merangkumi pelbagai kategori harga.

    Produk Tivoli Audio yang dilancar untuk pasaran Malaysia terdiri daripada tiga kategori. Pertama ialah Classic Collection yang menggabungkan radio AM/FM klasik dengan fungsi Bluetooth dan reka bentuk kayu vintaj.

    Kedua ialah SongBooks Series yang merupakan rangkaian pembesar suara mudah alih dengan fungsi Bluetooth dan pre-amp. Selain memainkan muzik secara wayarles, ia boleh dihubungkan dengan instrumen muzik seperti gitar dan turntables untuk menguatkan bunyinya.

    Selain itu, kategori ART Collection pula terdiri daripada pembesar suara Bluetooth premium yang boleh berfungsi secara sendiri (standalone) atau disepadukan dengan sistem modular sedia ada untuk pengalaman audio-vidual yang lebih mengasyikkan.

    Setiap pembesar suara ART Collection dilengkapi komponen berkualiti tinggi dan boleh digunakan dengan pelbagai perkhidmatan pentriman muzik popular. Harga untuk produk Tivoli Audio di Malaysia bermula daripada RM1,099 untuk Model One BT AM/FM Bluetooth Table Radio, sehingga RM3,499 untuk produk yang paling mahal.

    Anda boleh baca maklumat penuh mengenai semua produk Tivoli Audio di Shopee, Lazada, PG Mall, TikTok dan pengedar sah Nove Marketing. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Tivoli Audio dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...