More

    TM akan bina kabel dasar laut untuk hubungkan Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah

    Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi sebahagian daripada sebuah konsortium antarabangsa untuk bina kabel dasar laut Southeast Asia – Middle East – Western Europe 6 (SEA-ME-WE 6) bagi menghubungkan komunikasi di antara Malaysia, Singapura, Bangladesh, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Oman, Djibouti, Arab Saudio, Mesir dan Perancis.

    Ini bakal menjadi pembinaan kabel dasar laut terbaru oleh TM, selepas SEA-ME-WE 3, SEA-ME-WE 4, SEA-ME-WE 5 dan 30 kabel lain di seluruh dunia. SEA-ME-WE 6 bakal menawarkan haluan dengan tindak balas (latency) terendah di antara Malaysia dengan rantau Eropah dan meningkatkan kelajuan kepada lebih 100Tbps.

    Lokasi yang dilalui oleh kabel SEA-ME-WE 6

    Di Malaysia, kabel SEA-ME-WE 6 akan didaratkan di stesen kabel Morib iaitu stesen terbaru selepas empat buah stesen kabel yang sudah dibina di seluruh negara. Stesen itu terletak berdekatan dengan Lembah Klang yang menempatkan pelbagai pengkalan data utama.

    Pembinaan ini juga menunjukkan komitmen TM terhadap inisiatif MyDIGITAL bagi menarik lebih banyak kabel dasar laut antarabangsa untuk didaratkan di Malaysia. Konsortium antarabangsa ini terdiri daripada syarikat negara yang terlibat seperti Bangladesh, India, Djibouti, Arab Saudi, Perancis, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan Mesir.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured