More

    TM buka kembali beberapa cawangan TMpoint di zon hijau, 3 hari seminggu sahaja

    Jika sebelum ini anda mempunyai kesukaran untuk membiasakan diri dengan norma baharu seperti berurusan secara digital, ini merupakan berita baik buat anda. Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan bahawa beberapa cawangan di zon hijau yang dikategorikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan kembali beroperasi.

    Cawangan terpilih ini akan dibuka untuk pelanggan bermula pada 4 Mei 2020 (Isnin), beroperasi tiga hari seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat) pada jam 10 pagi hingga 4 petang sahaja. Waktu operasi yang dinyatakan juga adalah tertakhluk kepada perubahan oleh kerajaan Malaysia.

    Untuk memastikan penularan COVID-19 tetap dibendung, penjarakan sosial akan tetap diutamakan. Langkah ini termasuklah had staff yang bekerja (3 orang) dan pelanggan (5 orang) sahaja dalam masa yang diberikan. Saringan biasa seperti memeriksa suhu akan tetap dijalankan sebelum memasuki premis TM Point. Begitu juga dengan amalan sanitasi oleh staff dan pelanggan.

    Untuk menyemak cawangan TMpoint yang dibuka, anda boleh klik pada pautan ini. Apa pun, pelanggan yang berada di zon merah dan kuning masih boleh berurusan dengan TM secara digital sama ada melalui Facebook, Twitter dan sebagainya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured