More

    TM, CelcomDigi beri bantuan telekomunikasi kepada mangsa kebakaran Putra Heights

    Dua syarikat telekomunikasi tempatan, Telekom Malaysia (TM) dan CelcomDigi, telah mengumumkan beberapa bantuan telekomunikasi bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat kebakaran paip api di Putra Heights, Selangor baru-baru ini.

    TM akan membina semula infrastruktur rangkaian yang terjejas di lokasi itu secara berperingkat. Kerja-kerja pemulihan akan dimulakan sebaik sahaja pihak bomba dan pihak berkuasa memberi kebenaran kepada mereka.

    Mereka juga akan mengambil langkah-langkah berikut:

    • Mengecualikan bil Unifi Home selama sekurang-kurangnya satu bulan
    • Melanjutkan tempoh pembayaran bil kepada 60 hari tanpa penggantungan perkhidmatan
    • Penggantian peralatan percuma seperti router, modem dan mesh yang rosak
    • Pendawaian dalaman standard secara percuma
    • Talian sokongan di 100 untuk pelanggan Unifi Home dan SME
    • WiFi percuma di pusat pemindahan sementara

    Sementara itu, CelcomDigi telah membuka kaunter sementara di Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia untuk bantu mangsa kejadian. Antara inisiatif yang akan dilakukan oleh CelcomDigi termasuklah:

    • Mengecualikan bil pascabayar
    • Kredit untuk prabayar
    • Penggantian kad SIM
    • Edaran powerbank di pusat pemindahan

    Terima kasih kepada kedua-dua syarikat atas sumbangan berharga pada waktu yang sukar ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured