More

    TM dan DNB sediakan sambungan fiber untuk perkhidmatan 5G di Malaysia

    Dengan pelancaran komersial perkhidmatan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur (beberapa tempat), Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan perjanjian Perkhidmatan Pajakan Fiber dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk mempercepatkan penggunaan Rangkaian 5G di seluruh negara. Jumlah nilai kontrak perjanjian merupakan RM2bilion dalam tempoh 10 tahun.

    DNB dapat memanfaatkan infrastruktur fiber dan rangkaian TM serta melanggan penyelesaian 5G RAN-to-Edge Fronthaul dan Backhaul TM untuk penyediaan rangkaian 5G di seluruh negara. TM turut menyediakan perkhidmatan pemajakan fiber 5G yang menjangkau lebih 640,000 km di seluruh Malaysia untuk penyambungan antara tapak dan nod mudah alih 5G DNB. 

    Sebelum ini, TM dan pembekal fiber lain telah menyertai latihan Fiber Leasing Request for Quotation (RFQ) yang dijalankan oleh DNB pada Jun 2021. Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM berkata bahawa DNB akan menyediakan dan menyelesaikan perkhidmatan 5G untuk rumah, PKS, perusahaan dan pelanggan sektor awam.

    Kontrak telah ditandatangani oleh Imri bersama Amar Huzaimi Md Deris, Naib Presiden Eksekutif, TM Wholesale manakala DNB diwakili oleh Augustus Ralph Marshall, Ketua Pegawai Eksekutif dan Dushyanthan Vaithiyanathan, Ketua Pegawai Operasi.

    Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured