More

    TM, Kementerian Komunikasi perkenalkan aplikasi SaveME 999 untuk mudahkan anda buat panggilan kecemasan

    Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan perkhidmatan komunikasi kecemasan baharu iaitu Next Generation Emergency Response Services 999 (NG MERS 999).

    Perkhidmatan baharu ini menambahbaik aplikasi mudah alih SaveME 999 yang membenarkan rakyat Malaysia, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) menghubungi operator 999 melalui video, teks dan amaran kecemasan berasaskan multimedia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple App Store atau Google Play Store.

    Ini menjadikan Malaysia antara negara terawal yang mengoperasikan akses kecemasan digital inklusif secara menyeluruh. Selain aplikasi SaveME 999, orang ramai masih boleh hubungi 999 seperti biasa untuk tujuan kecemasan.

    NG MERS 999 merupakan platform digital bersepadu sepenuhnya yang menggantikan sistem legasi MERS 999, turut dioperasikan oleh TM. NG MERS 999 akan meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan penugasan sumber dan mempercepatkan masa tindak blasa di lebih 800 lokasi di seluruh negara.

    Ia dibangunkan dan dioperasikan oleh TM serta menyepadukan analitik yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI), perkhidmatan geolokasi dan pengehosan awan berdaulat yang selamat. Dengan sistem baharu ini, ia akan memperkemaskan pengurusan panggilan kecemasan dan membolehkan keputusan dibuat secara masa nyata.

    Ia dibina bersama rakan teknologi global dan selaras dengan piawaian NG112 Eropah bagi memenuhi piawaian ISO yang ketat dari segi kualiti dan kecemasan.

    Sebelum ini, penggunaan Advanced Mobile Location (AML) telah pun menyatukan kelima-lima platform agensi bawah 999 dan bantu akses digital golongan kurang upaya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured