More

    TM sahkan data 250,248 pelanggan Unifi tertiris

    Telekom Malaysia (TM) telah dimaklumkan tentang ketirisan data pada 28 Disember yang melibatkan maklumat pelanggan Unifi Mobile sahaja. Selepas siasatan, TM mendapati jumlah data yang tertiris adalah sebanyak 250,248 akaun. Jenis data yang tertiris ini melibatkan nama pelanggan, nombor telefon dan e-mel.

    Tiada maklumat lain diperoleh selain daripada tiga jenis data yang telah disebutkan. TM mengesahkan bahawa ketirisan maklumat itu telah dibendung dan mengambil langkah untuk meminimumkan risiko. Pelanggan yang terjejas telah dimaklumkan dengan masalah ini.

    TM juga telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan iaitu Jabatan Privasi dan Perlindungan Data (JPDP) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Walaupun langkah keselamatan sedang dipertingkatkan, TM memaklumkan bahawa tiada gangguan perkhidmatan.

    TM menasihatkan pelanggannya untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali. Privasi dan keselamatan pelanggan TM kekal menjadi keutamaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured