More

    TM: Sambungan internet yang lemah di rumah mungkin disebabkan masalah pemasangan

    Isu capaian internet lemah yang sering dialami oleh pelanggan Unifi berkemungkinan besar disebabkan oleh penyediaan perkhidmatan pemasangan di rumah, kata ketua Perkhidmatan Pelanggan Telekom Malaysia (TM), Lolita Mohamed Suffian.

    Beliau berkata ia boleh jadi sama ada lokasi peranti jalur lebar di rumah, zon mati WiFi disebabkan susun atur rumah atau bilangan dan jenis peranti yang disambungkan ke WiFi. Tambahnya, TM memahami keperluan yang semakin meningkat untuk masyarakat menggunakan internet bagi menghadiri kelas dalam talian atau bekerja dari rumah selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

    Jumlah pelanggan Unifi meningkat sebanyak 22 peratus kepada 2.85 juta orang. Untuk meningkatkan lagi pengalaman WiFi di rumah, pelanggan mesti mengambil beberapa langkah termasuk mengalihkan penghala ke bahagian rumah di mana kebanyakan masa dihabiskan.

    Sebagai contoh, jika seseorang sentiasa berada di ruang tamu, maka penghala harus diletakkan di sana. Selain itu, pastikan penghala tidak berada di dalam bilik tertutup atau berhampiran permukaan pemantul atau logam untuk mengoptimumkan sambungan WiFi.

    Lolita juga menggesa pelanggan untuk mengelak daripada meletakkan penghala berhampiran peranti yang menghasilkan gangguan elektromagnet seperti telefon tanpa wayar, monitor bayi, ketuhar gelombang mikro atau peralatan jalur lebar bertindih kerana ini boleh menyebabkan penghala menjadi terlalu panas dan menjadi kurang cekap.

    Pelanggan juga boleh membeli mesh kerana kebanyakan rumah di Malaysia adalah dua tingkat. Mesh tambahan boleh mengembangkan liputan WiFi. Bagi mengoptimumkan pengalaman WiFi, Lolita berkata Unifi kini menawarkan pelbagai alat tambah mesh daripada serendah RM15 sebulan berdasarkan bilangan peranti yang digunakan dan saiz rumah.

    Selain itu, semua pelanggan Unifi baharu dengan kapasiti 100Mbps dan ke atas akan menerima penghala WiFi 6 untuk memastikan mereka mempunyai isyarat WiFi terbaik di rumah. Bagi pelanggan sedia ada yang mengalami liputan internet yang lemah, penggantian kepada penghala WiFi 6 akan disediakan.

    TM juga secara proaktif menukar peralatan pelanggan sedia ada yang mungkin mengalami masalah internet secara berkala disebabkan penghala mereka. Unifi Elite yang merupakan pakar WiFi juga boleh datang ke rumah anda untuk menyemak dan menasihati cara untuk mengoptimumkan dan menambah baik pengalaman WiFi anda.

    "
    "

    Maklumat lanjut tentang cara meningkatkan liputan WiFI dan tawaran Unifi boleh didapati di laman rasmi unifi, aplikasi myunifi dan di TMpoint. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured