More

    TMT lancarkan Megastore di Sunway Pyramid, stor terbesar seluas 15,000 kaki persegi!

    TMT by Thunder Match telah melancarkan Megastore terbesarnya di Sunway Pyramid yang direka sebagai pusat teknologi interaktif dengan keluasan lebih 15,000 kaki persegi. Kedai ini menawarkan pelbagai zon pengalaman termasuk demonstrasi produk secara langsung, ruang permainan imersif, penyelesaian rumah pintar dan konsultasi bersama pakar teknologi.

    Konsep ini membolehkan pelanggan membuat keputusan pembelian dengan lebih yakin dan tepat. Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran TMT, Eric Chan, pemilihan Sunway Pyramid sebagai lokasi Megastore terbesar ini selari dengan visi syarikat untuk meningkatkan akses kepada teknologi terkini dalam persekitaran yang lebih dinamik.

    Sebagai peruncit teknologi terbesar di Malaysia dengan 48 cawangan, TMT terus mengukuhkan kedudukannya dengan strategi pengembangan agresif. Mereka juga merancang untuk membuka kedai high-street pertama di PJ Uptown untuk memperluaskan lagi akses kepada teknologi bagi komuniti urban.

    Untuk pembukaan ini, TMT turut membawakan banyak tawaran hebat termasuk fon kepala, pembesar suara, bank kuasa mudah alih, jam tangan pintar dan produk teknologi gaya hidup yang lain. Promosi ini akan tersedia dari 28 Februari hingga 2 Mac untuk siapa cepat dia dapat.

    Bagi mereka yang berminat untuk hadir dan mencuba pelbagai produk, TMT Megastore boleh dikunjungi di Sunway Pyramid. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured