More

    TNB cadangkan tarif elektrik khas untuk perlombongan “bitcoin”

    Syarikat bekalan tenaga elektrik tempatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengatakan bahawa mereka mungkin akan mengenakan kadar tarif khas kepada pengguna yang terlibat dalam aktiviti perlombongan bitcoin. TNB mencadangkan kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia untuk mengambil langkah ini bagi mengurangkan kes kecurian elektrik yang sering dikaitkan dengan perlombonan kewangan kripto itu.

    Menurut Pegawai Eksekutif TNB, Baharin Din, mereka telah mengenal pasti 610 kes kecurian elektrik membabitkan perlombongan bitcoin haram pada 2018 dan ia meningkat mendadak kepada 7,209 kes pada 2019. Oleh demikian, TNB mengemukakan cadangan tarif khas ini bagi menggalakkan pengendali perlombongan bitcoin untuk mendapatkan bekalan elektrik secara sah.

    Cadangan ini dibuat berikutan operasi bersama TNB, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menumpaskan sindiket melombong bitcoin di 998 premis dalam seluruh negara. TNB menganggarkan jumlah kerugian daripada aktiviti ini sebanyak RM2.3 bilion.

    Sindiket itu dipercayai merasuah pegawai TNB supaya tiada tindakan diambil terhadap mereka walaupun selepas memintas dan mengganggu bekalan elektrik awam. Tindakan ini boleh menyebabkan kebarakan serta menjejaskan pengguna elektrik lain.

    Kongsi pendapat anda tentang isu bitcoin ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Free Malaysia Today

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...